Dengan air Teh Ais percuma. Kami buat penghantaran.
Menu istimewa untuk anda.
* N/A - Harga Mengikut Timbangan, tidak dibuka untuk tempahan secara atas talian
Ada ikan siakap, kerapu, bawal, kembung, cencaru, pari, dan lain-lain. Selain itu ada ketam, sotong, udang, lala dan pepahat. Kami akan memasaknya mengikut selera anda samada dibakar, tiga rasa, stim limau atau masak pedas. Cuba masakan telur masin dan butter di sini untuk udang, sotong dan ketam. Terdapat juga pelbagai masakan panas thai. Jika anda inginkan kelainan, anda boleh mencuba masakan kengsom atau tomyam kelapa.
SEMAK MENU KAMILaman web ini akan membolehkan pelanggan untuk membuat tempahan untuk makan di kedai, membungkus makanan atau penghantaran makanan secara terus dari kami (lingkungan 5km). Bayaran boleh terus dibuat di laman web ini untuk memberikan kemudahan dan penjimatan kepada pelanggan.
Alhamdulillah. Segala puji bagi-Nya. Insya-Allah, kami akan memulakan perniagaan di cawangan baru Restoran Mama Ikan Bakar & Masakan Thai di Jalan Bangi Lama, Semenyih seawal bulan Oktober 2023. Restoran in akan menyantuni para pelanggan sekitar Semenyih, Eco Hill, Eco Majestic, Mahkota Hill dan Bangi Lama.
Kami sedang mencari pekerja restoran untuk bahagian dapur dan hadapan. Ada potongan KWSP, SOCSO, cuti bergaji dan manfaat lain. Mencari pekerja yg pembersih, boleh bekerjasama & mudah terima teguran. Diperlukan SEGERA untuk bekerja di restoran di Jalan Reko, berdekatan Perhentian Bas Kajang.